Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu..
HENDAKLAH ENGKAU MEMBERI MAAF
Maaf adalah menggugurkan hak dan melepaskannya dari orang yang menuntut hak tersebut.
Memberi maaf terjadi apabila seseorang tidak membalas dendam terhadap orang lain,walaupun secara dasarnya ia mampu
″Hendaklah engkau memberi maaf dan menyuruh mengerjakan yang baik dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.″(Al-Araf:199).
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam sama sekali tidak pernah membalas dendam terhadap orang lain.
Baginda senantiasa memberi maaf kepada siapa saja yang menganiayanya baginda,selagi ia tidak di haramkan oleh Allah s.w.t.
Dari ummul mukminin Aisyah RA yang mafhumnya:
″Sekali-kali tidak pernah aku melihat Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membela diri dari kezaliman yang dilakukan oleh orang ke atas diri baginda,selagi ianya tidak melanggar apa-apa yang di haramkan oleh Allah
Apabila melanggar sesuatu yang dilarang oleh Allah,niscaya Rasulullah marah pada yang demikian
Rasulullah tiada memilih di antara 2 perkara ,melainkan baginda memilih yang lebih mudah di antara kedua perkara tersebut,selagi ianya tidak mendatangkan dosa(HR at-Tarmizi).
Seseorang yang mahu memaafkan
kesalahan atau kezaliman orang lain terhadap dirinya merupakan suatu
sifat yang di kasihi oleh Allah SWT
″.....dan hendaklah mereka suka memaafkan dan berlapang dada ,tiadakah kamu suka (jika )Allah akan memberi keampunan kepada kamu? Allah adalah Maha pengampun dan Maha Penyayang.″(An-Nur:22).
Memberi maaf adalah sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan secara lisan,tetapi agak sukar untuk di laksanakan dari hati.
Kita sepatutnya mampu memberi maaf bukan sekedar terucap di bibir tetapi hati juga sama-sama memberi maaf .Maaf dari dalam hati bisa hadir jika kita ikhlas dalam memberi kemaafan.

Sesungguhnya suka memberi maaf adalah salah satu faktor yang membentuk diri seseorang menjadi insan yang bertaqwa ″Dan kalau kamu memaafkan maka maaf itu lebih dekat dengan taqwa(Al -Baqarah 237)
Semoga bermanfaat
AAMIIN YA RABBAL 'ALAMIIN
Mohon maaf bila ada kekurangan atau ada kata yang tak berkenan di hati.
Jazakumullahu khairan katsiran wa Barakallahu fiikum.
No comments:
Post a Comment