aku bersaksi tiada tuhan melainkan ALLAH s.w.t dan aku bersaksi bahawa nabi muhammad s.a.w pesuruh ALLAH s.w.t dan utusannya. sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana ALLAH s.w.t, kepadanya lah jua tempat kembali..
Wednesday, 24 October 2012
Puasa sunat hari Arafah 9 Zulhijjah
"Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana ALLAH SWT"
Hari 'Arafah seharusnya menjadi hari peringatan buat semua umat Islam akan musuh sebenar mereka, iaitu iblis yang tidak pernah berputus asa untuk menghasut anak cucu ketu runan Nabi Adam A.S.seperti mana yang telah dirakamkan di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Iblis berkata, kerana Engkau telah menyesatkan aku, pasti aku akan selalu menghalangi mereka dari jalanMu yang lurus. Kemudian pasti aku akan mendatangi mereka dari hadapan, dari belakang, dari kiri dan dari kanan mereka, dan Engkau tidak aka mendapati kebanyakan mereka bersyukur. (Allah) berfirman, keluarlah kamu dari sana (syurga) dalam keadaan terhina dan terusir! Seungguhnya barangsiapa di antara mereka yang mengikutimu, pasti akan Aku isi neraka Jahannam dengan kamu semua." (Al-A'raf:16-18)
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh ALLAH SWT. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal Akhirat kita sebelum bertemu ALLAH SWT di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemui~Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment